Monday, 5 November 2012

Strategi Menjawab Soalan Pemahaman

STRATEGI MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN

  1. Membaca petikan dengan teliti – ayat demi ayat / perenggan demi perenggan
2.  Bacaan  dengan pantas untuk:
a)       memahami petikan
b)      mencari maklumat dan isi-isi penting
c)       memahami jadual/ rajah dsb.
d)      Mencari nilai, sikap,watak,dalam petikan.
e)       Kenal pasti watak dan jalan cerita.

  1. Baca dan fahami kehendak soalan.
  2. Pastikan tidak terperangkap dengan teknik penyoalan – kata kecuali,tidak benar dan bukan.
  3. Garisi kata kunci soalan dan jawapannya.
  4. Teliti jawapan pilihan yang lain – agar jawapan yang dipilih benar-benar menepati jawapan.
  5. Potong jawapan yang tidak tepat.
  6. Jangan menjawab bersandarkan pemahaman sendiri – rujuk teks
  7. Soalan berbentuk tersirat dan pendapat perlu mencari jawapan yang paling tepat dan logik.
  8. Pahamkan petikan secara keseluruhan untuk menjawab soalan tema atau tajuk dan isi –isi penting.
  9. Perlu bijak menguruskan masa untuk menjawab dua petikan pemahaman – 10 soalan
  10. Jawab soalan yang mudah dahulu.

No comments:

Post a Comment