Monday, 5 November 2012
Strategi Menjawab Soalan Pemahaman
STRATEGI MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN
- Membaca petikan dengan teliti – ayat demi ayat / perenggan demi perenggan
2. Bacaan dengan pantas untuk:
a) memahami petikan
b) mencari maklumat dan isi-isi penting
c) memahami jadual/ rajah dsb.
d) Mencari nilai, sikap,watak,dalam petikan.
e) Kenal pasti watak dan jalan cerita.
- Baca dan fahami kehendak soalan.
- Pastikan tidak terperangkap dengan teknik penyoalan – kata kecuali,tidak benar dan bukan.
- Garisi kata kunci soalan dan jawapannya.
- Teliti jawapan pilihan yang lain – agar jawapan yang dipilih benar-benar menepati jawapan.
- Potong jawapan yang tidak tepat.
- Jangan menjawab bersandarkan pemahaman sendiri – rujuk teks
- Soalan berbentuk tersirat dan pendapat perlu mencari jawapan yang paling tepat dan logik.
- Pahamkan petikan secara keseluruhan untuk menjawab soalan tema atau tajuk dan isi –isi penting.
- Perlu bijak menguruskan masa untuk menjawab dua petikan pemahaman – 10 soalan
- Jawab soalan yang mudah dahulu.
Contoh Soalan Pemahaman (Teks)
CONTOH SOALAN PEMAHAMAN ( TEKS )
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis,Guru Besar,guru-guru dan ibu bapa sekalian.Saya bersyukur kepada Tuhan kerana dapat bertemu lagi pada Mesyuarat Agung PIBG kali ke – 15.Kehadiran ibu bapa pada kali ini amatlah membanggakan.Hal ini menunjukkan bahawa ibu bapa telah faham tentang perlunya hubangan rapat dengan pihak sekolah.Saya berharap agar jumlah kehadiran tuan puan akan meningkat pada masa-masa akan datang.
Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Besar dan guru-guru sekolah ini kerana telah berusaha dengan gigih untuk mendidik anak-anak kami.Kejayaan yang dicapai oleh pelajar-pelajar sekolah ini dalam semua bidang amatlah membanggakan.
Saya menyarankan agar ibu bapa janganlah meletakkan seluruh tanggungjawab mendidik anak-anak kita kepada guru semata-mata.Banyak perkara yang dapat kita buat untuk meringankan bebanan mereka.Misalnya,kita boleh membantu menceriakan sekolah.Suasana persekitaran sekolah yang menarik akan memberi rangsangan dan keselesaan kepada murid-murid untuk belajar.Oleh itu,masalah ponteng sekolah mungkin akan berkurangan.Kos dan kerja-kerja menceriakan kawasan sekolah ini akan dibiayai oleh pihak PIBG.
Lantaran itu,saya merayu kepada ibu bapa supaya menyumbangkan sedikit tenaga dan wang ringgit demi kebaikan sekolah.Adalah mustahil bagi kita untuk mendapatkan hasil yang baik tanpa membuat sedikit pengorbanan.Harapan saya agar hal ini mendapat sambutan yang baik daripada semua pihak.
Sekian,terima kasih.
1. Apakah maksud rangkaikata kehadiran ibu bapa pada kali ini amat
membanggakan?
A berasa bangga kerana kehadiran ibu bapa
B berbangga dengan jumlah kehadiran ibu bapa
C kesemua ibu bapa berasa bangga kerana dapat hadir
D sebelum ini tiada ibu bapa yang hadir.
Komen jawapan:
Jawapan B - Jawapan bagi soalan ini mempunyai maksud tersirat.Perkara yang membanggakan bukan sekadar kehadiran ibu bapa malah jumlah kehadiran mereka sendiri.
Jawapan A - Kurang tepat kerana pada setiap kali mesyuarat pasti ada ibu bapa yang hadir.
Jawapan C - tidak tepat kerana bukan ibu bapa yang berbangga.
Jawapan D - terpesong
2. Mengapakah keceriaan sekolah perlu dipertingkatkan?
A untuk mengeluarkan para pelajar yang bijak
B untuk membuktikan kerjasama antara PIBG dengan pihak sekolah
C supaya bebanan guru-guru berkurangan
D supaya para pelajar lebih selesa untuk belajar
Komen jawapan:
Jawapan D – dapat terus daripada petikan ( perenggan tiga )
3. Apakah peribahasa yang sesuai untuk rangkaikata adalah mustahil bagi kita untuk mendapatkan hasil yang baik tanpa membuat sedikit pengorbanan.
A hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih
B bagai aur dengan tebing
C bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian
D bagai menatang minyak yang penuh
Komen jawapan:
Jawapan C – Peribahasa ini memang tepat maksudnya kerana segala susah payah biasanya akan ditempuh terlebih dahulu sebelum seseorang menikmati kesenangan.
4. Berikut adalah harapan orang yang berucap dalam petikan kecuali
A ibu bapa perlu mempunyai hubungan yang rapat dengan pihak
sekolah.
B ibu bapa perlulah menyumbang dari segi masa,tenaga dan wang ringgit untuk kebaikan sekolah.
C ibu bapa perlulah bersama-sama mengindahkan kawasan sekoah.
D meminta tenaga pengajar menggandakan usaha bagi memastikan kejayaan anak-anak.
Komen jawapan:
Jawapan D – jawapan dapat diperolehi dengan membaca keseluruhan petikan.
Jawapan A,B dan C – merupakan harapan pengucap
5. Apakah kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan teks ini ?
A Ibu bapa perlu bekerjasama dengan pihak sekolah demi kejayaan
anak-anak mereka.
B Sekolah ini pasti akan dapat mengekalkan kecermelangannya pada
masa-masa akan datang.
C Tanggungjawab mendidik anak-anak bukannya terletak kepada guru
tetapi pada ibu bapa.
Komen jawapan:
Jawapan A – Jawapan ini tepat kerana merumus keseluruhan maklumat petikan.
Jawapan B dan C – tidak tepat kerana tiada dalam petikan.
Betulkan Kesalahan Ayat 2
Arahan :
Baca ayat-ayat berikut dengan teliti. Garisi dan betulkan kesalahan-kesalahan yang terdapat pada ayat tersebut.
1. kami sekeluarga pergi ke air terjun lata bayu.
2. Saya mengikut ibu ke Pasar Pagi.
3. Kucing itu jinak. Ia berwarna kelabu.
4. Apakah nama kakak awak ?
5. saya dan adik sedang sarapan.
6. Pak Atan sedang mengetam di bengkel.
7. Datuk sedang tidur atas katil.
8. Tat Seng ialah murid yang tertinggi sekali dikelasnya.
9. Salim rindukan neneknya.
10. Adik terjaga bila terdengar bunyi yang kuat itu.
11. Faizul suka berenang manakala menyanyi.
12. Semakin lama kian banyak orang yang datang ke pameran itu.
13. Ibu memberikan buah epal itu pada jiran.
14. Majlis itu bermula daripada waktu petang hingga malam.
15. Siapa pengarang novel itu ?
16. Kamu menyimpan beg saya di manakah ?
17. Hai! apa khabar.
18. Bungkusan ini ialah daripada Pejabat Pelajaran Negeri Pulau Pinang.
19. Khai Jiet bukan membuat kerja rumah.
20. Para pengedar dadah itu telah dijatuhi hukuman mati.
21. Berbagai acara akan dipersembahkan pada hari penyampaian hadiah.
22. Majalah – majalah lama itu disimpan dalam kotak itu.
23. Pak Osman sedang mencat pagarnya.
24. Khang Lyn sudah sembuh daripada pesakit malaria.
25. Semua murid-murid di kelas itu bising apabila guru tiada di dalam kelas.
26. Penduduk Kampung Mata Ayer saling bantu-membantu.
27. ayah membeli sebuah komputer untuk kakak
28. ”Nabila , ambilkan ibu sebilah gunting.” kata Mak Timah.
29. Buku-buku itu mereka baca.
30. Seutas jam tangan Rolex dihadiahkan oleh kamu.
Betulkan Kesalahan Ayat 1
Arahan :
Baca ayat-ayat berikut dengan teliti. Garisi dan betulkan kesalahan-kesalahan yang terdapat pada ayat tersebut.
1. Mereka ialah wakil Syarikat Mashusoto daripada Negara Japan.
2. Ayah tersenyum bangga bila adik lulus dengan cermelang dalam peperiksaan.
3. Di zaman Jepun, rakyat malaysia hidup di dalam ketakutan.
4. Persatuan Bahasa Melayu itu terdiri dari 45 orang pelajar.
5. bola itu dilontarkan kepada zambri.
6. Setengah pelajar mengangap amalan melepak ialah baik.
7. Ayah sambil membaca suratkhabar sambil mendengar radio.
8. Kakak menghidangi semangkuk bubur kepada para tetamu-tetamu.
9. Masalah jerebu ke kawasan perindustrian itu kian meruncing dari hari ke sehari.
10. Pelawanan bola sepak itu terpaksa ditanggungkan oleh kerana hujan lebat.
11. Apakah benar cerita yang kamu dengar itu !
12. Mereka memberi tepokan yang gemuruh pada penyanyi itu.
13. Pemuda itu melapurkan pertemuan bom tangan di kawasan perkampungan pada pihak polis.
14. Kami melawat Iskandar untuk mengetahui tentang keadaannya.
15. Majalah itu sudah habis dibaca olehku.
16. Tarian itu mereka persembahkan.
17. Pokok-pokok itu tinggi-tinggi belaka.
18. Rakyat Malaysia hendaklah saling bantu-membantu untuk mewujudkan masyarakat muhibah.
19. Jiran kami sudah balik kampung.
20. Semalam saya berjumpa Osman, kata Aminah pada Zainab.
21. Permata Gigi Klinik ditutup hingga hari Ahad.
22. Pandangan di tepi pantai itu sungguh cantik sekali.
23. Syamimi suka goreng ayam dan ayam sup.
24. Harga buah limau itu lapan setengah ringgit.
25. Ramai penonton-penonton menyaksikan perlawanan akhir sepak bola itu.
26. Farid memberi pendapatan yang bernas kepada rakan-rakannya ketika dalam pebincangan.
27. Dia menceritakan kepada gurunya peristiwa yang sebenar.
28. Patik berharap kamu dapat datang rumah saya petang ini.
29. Dia memandu dengan laju kereta itu ke bandar.
30. Apakah nama kakak kamu,
Subscribe to:
Comments (Atom)