Tuesday, 23 October 2012

Latihan Berpandukan isi Penting

1. Kamu telah menyaksikan suatu kemalangan yang melibatkan sebuah kereta api ekspres.Gambarkan kemalangan tersebut.

Pendahuluan
-          Tempat kejadian.
-          Suatu kemalangan yang dahsyat.

Isi-isi penting

-          Kereta api tergelincir – lima buah gerabak terbalik.
-          Membawa banyak penumpang – terdapat 10 buah gerabak – penumpang lebih kurang 200 orang.
-          20 orang mengalami kecederaan parah – dihantar ke hospital – tiada kemalangan jiwa.
-          Pihak bomba dan anggota penyelamat sibuk menjalankan kerja-kerja menyelamat.
-          Penduduk yang tinggal berdekatan juga turut membantu.

Penutup

-          Semua mangsa dibawa ke tempat yang selamat sementara menanti bas yang akan membawa mereka ke destinasi masing-masing.

2. Kamu dan kawan-kawan kamu berpeluang untuk menaiki kereta api dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru. Tulis pengalaman kamu itu.

Pendahuluan
-          Balik ke kampung – cuti persekolahan.

Isi-isi penting

-          Pelbagai peristiwa dan pemandangan dapat diperhatikan sepanjang perjalanan.
-          Di kiri dan kanan jalan dapat melihat pokok-pokok, ladang getah, ladang kelapa sawit, sawah padi dan kawasan hutan.
-          Di sepanjang perjalanan, kereta api berhenti di perhentian – dapat melihat bandar-bandar yang belum pernah disinggahi sebelum ini.
-          Melalui kawasan kampung – dapat melihat pelbagai bentuk rumah tradisional yang berbeza-beza antara negeri.
-          Perjalanan tidak membosankan – dapat berkenalan dengan penumpang-penumpang yang lain.

Penutup

-          Selamat tiba – menaiki bas pulang ke rumah.

3.  Suatu pertandingan wau telah diadakan di tempat kamu. Gambarkan suasana pertandingan tersebut.

Pendahuluan
-          Banyak penduduk telah datang untuk menyaksikan pertandingan tersebut.

Isi-isi penting

-          Pelbagai jenis wau telah dibawa oleh para peserta.
-          Wau telah dinaikkan ke udara.
-          Wau bulan dan wau burung sangat cantik.
-          Kanak-kanak sangat seronok melihat pertandingan ini.
-          Hadiah telah disampaikan oleh Menteri Besar kepada pemenang.

Penutup

-    Kami berasa sangat gembira kerana dapat melihat pertandingan wau tersebut.



4.  Suatu pagi anda dan rakan-rakan  anda sedang menunggang basikal ke sekolah, anda ternampak seorang tua terjatuh ketika melintas jalan. Ceritakan usaha-usaha anda dan rakan-rakan anda untuk membantu orang tua itu.

Pendahuluan  
Berbasikal bersama rakan-rakan untuk ke sekolah- jarak ke sekolah lebih kurang dua kilometer.
Isi-isi penting
A)   Ternampak seorang tua terjatuh ketika melintas jalan - berhenti untuk menolongnya
B)     Siva memberikan isyarat kepada pemandu supaya memperlahankan kenderaan.
C)     Aku dan Chong memapah orang tua itu ke tepi jalan-mengelap darah di siku dan lututnya.
D)    Menahan sebuah kereta-meminta pemandunya menghantar orang tua itu ke klinik.
Penutup
Orang tua itu mengucapkan terima kasih.

5.  Anda menaiki bas untuk ke rumah emak saudara anda . Tiba-tiba bas yang anda naiki itu terbabas. Ceritakan pengalaman anda ketika kejadian itu.

Pendahuluan  
Menaiki bas ke rumah Mak Long – hujan turun dengan lebat – pemandu bas memandu dengan berhati-hati
Isi-isi penting
A)    Tiba-tiba sebuah kereta muncul di selekoh- menghala ke tengah jalan – pemandu bas membrek serta merta.
B)     Pergerakan bas tidak terkawal – terbabas lalu melanggar sebatang pokok – semua penumpang menjerit.
C)     Terdengar suara penumpang mengerang kesakitan – pasukan penyelamat tiba - kerja-kerja menyelamat dilakukan
D)    Aku mendapat luka di dahi – penumpang yang cedera parah dibawa kehospital.
Penutup
Aku bersyukur kerana terselamat – tidak ada nyawa yang terkorban

6.  Suatu petang kamu pergi memancing di sungai bersama dua orang rakan kamu. Tiba-tiba kaki salah seorang rakan kamu patah kerana tergelincir . Nyatakan tindakan kamu untuk menyelamatkannya.

Pendahuluan  
Pergi memancing di sungai – di hujung kampung – meminta izin dari kedua ibu bapa – menaiki basikal.
Isi-isi penting
a)      bawa joran dan umpan cacing – meninggalkan basikal di tepi jalan – berjalan kaki ke sungai mengikut  lorong kecil
b )  Memanjat sebuah batu besar – Amran tergelincir- menjerit kesakitan – Aku dan Salim  
      mendapatkannya.
c )  Salim balik untuk mendapatkan bantuan- aku mengikat kaki amran dengan dua batang
      ranting kayu -  – cuaca semakin panas
d )  Salim datang bersama bapa  Amran – mengusung  Amran – dibawa ke hospital –
      mendapatkan rawatan
Penutup
Bapa Amran mengucapkan terima kasih.

7.  Suatu hari anda dan rakan-rakan  anda pergi ke sebuah  kedai buku . Anda ternampak satu kejadian rompakan di sebuah kedai emas . Ceritakan usaha-usaha anda dan rakan-rakan anda untuk menangkap perompak-perompak itu.

Pendahuluan  
Hari  minggu – bersama Rozita dan Laila – untuk membeli buku latihan UPSR – berjalan kaki kerana kedai tidak jauh.
Isi-isi penting
       A )            Ketika keluar dari kedai buku – sebuah kereta berhenti  di hadapan kedai emas – 2 orang
             lelaki bertopeng – masuk ke kedai emas.
B)     Tiba-tiba terdengar bunyi tembakan – lari masuk semula ke kedai buku – menelefon polis
C ) Polis datang – perompak tidak mahu menyerah diri- berlaku kejadian tembak menembak - 
      aku  dan rakan-rakan menyorok
D) Seorang perompak ditembak mati- seorang lagi cedera parah – dibawa ke hospital
Penutup
Pegawai polis memberi pujian kerana berani melaporkan kejadian.

8.  Anda dalam perjalanan untuk pulang ke kampung dengan bas. Sila gambarkan suasana di perhentian bas pada hari itu.

Pendahuluan  
Suasana di perhentian bas riuh rendah- ada kanak-kanak menangis, orang berbual dan ketawa
Isi-isi penting
A )  bagai-bagai ragam  dapat dilihat -  ada yang duduk- duduk, ada yang termenung –
       pakaian mereka berbagai-bagai fesyen
B)      J am menunjukkan pukul 11 pagi- bas yang dinanti belum tiba- orang ramai semakin
       letih.
C)     Pengumuman dibuat-bas sudah sampai- bangun naik bas- mencari tempat duduk.
Penutup
Lega walaupun lewat kerana dapat balik kampung-seronok melihat ragam manusia

9.  Sekolah anda telah mengadakan hari sukaneka tidak lama dulu. Gambarkan suasana sukaneka pada hari tersebut.

Pendahuluan  
Sukaneka kali ke 47 – diadakan di padang sekolah.
Isi-isi penting
A )  Persediaan dibuat sejak tiga minggu- latihan rumah sukan-persiapan hari sukaneka
B)       Upacara perbarisan-bacaan ikrar-ucapan perasmian
C)       Perbagai acara dipertandingkan – acara yang anda sertai dan pencapaian kumpulan anda- acara kemuncak-tarik tali
D)      Ramai ibubapa hadir- suasana sangat meriah-  upacara penyampaikan hadiah -Johan rumah sukan .
Penutup
Hari sukaneka tamat- membersihkan kawasan






10.  Semasa mandi-manda di sungai, dengan tidak semena-mena anda telah dihanyutkan arus deras. Ceritakan detik-detik cemas yang anda lalui sehingga dapat menyelamatkan diri.

Pendahuluan 
Hari minggu -  mandi manda dengan rakan-rakan disebatang sungai- seronok.
Isi-isi penting
A)    Hujan turun -arus sungai bertukar menjadi semakin deras - aku dihanyutkan – menjerit meminta tolong
B)     Rakan-rakan cuba menolong- tidak berupaya keran arus sungai yang deras
C)     Nasib baik- dapat berpaut pada akar pokok yang terjuntai
D)    Dapat menyelamatkan diri – tangan luka kerana tercucuk ranting dahan yang hanyut
Penutup
Menyesal- tidak akan mandi di sungai itu.

11.  Suatu pagi ketika anda hendak ke sekolah, anda telah terlihat seorang pemuda berjalan dengan berhati-hati di dalam semak. Ceritakan perkara yang berlaku seterusnya.

Pendahuluan 
Berasa curiga- memerhatikan gerak-geri pemuda itu.
Isi-isi penting
A ) Pemuda itu bergerak ke kedai Pak Kadir- aku mengekorinya
B ) Cuaca agak gelap – kedai Pak Kadir masih belum dibuka.
D)    Berlari kerumah Pak Kadir- tidak jauh dari kedainya-memberitahu Pak Kadir – bersama Pak Kadir segera pergi ke kedainya
E)     Pak Kadir menahan pemuda itu – menyoalnya – pemuda itu sedang mencari ayam kesayangannya
Penutup
Meminta maaf daripada pemuda itu – Pak Kadir memuji- sikapku yang prihatin – meneruskan perjalanan ke sekolah.

12.  Suatu ketika di kampung kamu telah diadakan satu pertandingan ‘ Rumah Tercantik Dan Terbersih ‘. Kamu sekeluarga telah menyertai pertandingan tersebut. Nyatakan tindakan-tindakan yang di ambil oleh kamu sekeluarga sempena pertandingan tersebut.

Pendahuluan 
Pertandingan rumah tercantik dan terbersih- kami sekeluarga bersetuju menyertainya
Isi-isi penting
A ) Membersihkan kawasan sekeliling rumah – mengecat rumah
B ) Memasang langsir baru- menyusun semula perabot.
C)     Mengemas dapur – membaiki bahagian rumah yang rosak
D)  Menanam pokok-pokok hiasan 
Penutup
Hari keputusan pertandingan – majlis rasmi – gembira kerana berjaya.







13.  Bapa kamu mempunyai sebuah kebun . Suatu hari, dia telah jatuh sakit dan meminta kamu pergi menggantikannya bekerja di kebun sepertimana biasa dilakukannya setiap hari. Apakah yang kamu lakukan dikebun pada hari itu. Nyatakan.

Pendahuluan  
Bapa mempunyai sebuah kebun- jatuh sakit – meminta aku menggantikannnya.
Isi-isi penting
A ) Mengambil peralatan yang biasa dibawa – pergi dengan menaiki basikal- sampai awal
      dikebun – melihat tanaman yang ditanam
B ) Mula membersihkan kebun – memotong rumput – mengumpulkan daun-daun -  
      membakarnya. .
D)    Pergi kepondok- mengambil baja – menaburnya -supaya subur dan mengeluarkan buah
E)     Cuaca semakin panas – berehat – minum – sambung kerja – membersihkan perparitan- supaya air mudah mengalir
Penutup
Tengah hari- kerja selesai- pulang- memberitahu ayah tentang kerja dikebun- ayah bangga.

14.  Suatu ketika sekolah kamu menganjurkan pertandingan kelas tercantik. Nyatakan tindakan kamu dan rakan rakan untuk mencantikkan kelas kamu.

Pendahuluan 
Pertandingan  kelas tercantik- mendapat sokongan guru- berbincang dengan rakan-rakan – dilantik sebagai ketua
Isi-isi penting
A ) Membersihkan kelas mengikut jadual – menyusun meja dan kerusi mengikut susunan
B ) Membuat carta-cata mata pelajaran- mendapatkan bahan-bahan- menampal pada sudut-
      sudut.
C ) Menyediakan ruang bacaan- tikar dan buku-buku bacaan tambahan- jadual membaca
D ) Memasang langsir- kumpul duit- menjahit langsir- membalut semua meja-
Penutup
Mendapat pujian dari guru kelas- memberikan semangat kepada rakan-rakan supaya bersungguh-sungguh menjaga kecantikan kelas.

15. Guru kemahiran hidup telah mengarahkan anda rakan sekelas anda untuk menjadikan satu kawasan dibelakang sekolah sebagai kawasan  kebun sayur mini. Nyatakan tindakan anda untuk merealisasikan harapan guru tersebut.

Pendahuluan  
Diarahkan untuk membuat mini kebun sayur- belakang bangunan sekolah- kawasan terbiar penuh lalang- berbincang dengan rakan-rakan.- merancang aktiviti mengikut peringkat.
Isi-isi penting
A ) membersihkan kawasan- gotong-royong- membakar rumput yang dipotong- membuat
      batas.
B ) Mendapatkan benih- jenis-jenis sayuran yang akan ditanam- menabur benih mengikut
      batas
C ) Mengadakan jadual giliran- menjaga dan menyiram air- mencabut rerumput- menabur
      baja
D) Mendapatkan khidmat nasihat dari guru- menyembur racun untuk mengelakkan serangan
     ulat


Penutup
 Selepas tiga minggu - tanaman semakin subur- mendapat pujian dari guru besar- berasa bangga- tanaman semakin membuahkan hasil.

16.  Kamu telah menyertai satu perkhemahan anjuran persatuan pengakap. Ceritakan pengalaman kamu menyertai perkhemahan tersebut.

Pendahuluan 
Minggu lepas- tiga hari dua malam- tempat- Jumlah pelajar- guru pengiring-

Isi-isi penting
A ) Hari pertama- pagi – mendirikan khemah- mencari kayu api- memasak – petang –
      pertandingan kawad- mandi sungai-
B ) Malam pertama– berjalan dalam hutan- kompas hilang sesat- diselamatkan guru- tangan
      luka- sampai di khemah awal pagi
C)     Pagi hari kedua- pertandingan ikatan- memasak- petang- petang - latihan kecemasan  di air- malam tiada aktiviti
D)    Pagi hari penutup- mengemaskan khemah –membersihkan kawasan- majlis penutup- mendapat pujian
 Penutup
  Pulang dengan gembira- banyak pengalaman- mahu pergi lagi

17Kamu dalam perjalanan untuk memancing dengan rakan. Tiba-tiba terlihat satu kemalangan . Apakah tindakan kamu?

Pendahuluan  
Minggu lepas- pagi- mahu memancing- mendapat keizinan ibu bapa- naik basikal
 Isi-isi penting
A ) Satu selekoh- sebuah motosikal laju – terbabas-langgar pokok- penunggang terpelanting-
      motor  meletup dan terbakar
B ) penunggang luka parah- pengsan- mendapatkan bantuan- menahan sebuah kereta
C)     Ikut ke hospital – mangsa sedar- kaki kanannya patah –menelefon keluarganya
 Penutup
Pulang dengan ke rumah- bapa risau- menceritakan- bapa memberi pujian

18.  Kamu sedang dalam perjalanan pulang ke kampung dengan menaiki sebuah bas ekspres. Ketika bas berhenti rehat kamu turun dari bas untuk makan disebuah gerai yang agak jauh. Akibat terleka anda telah ditinggalkan oleh bas tersebut. Malangnya beg pakaian anda masih berada dalam bas tersebut. Apakah tindakan anda?

Pendahuluan 
Pulang ke kampung- sendirian- naik bas  ekspres- duduk ditempat paling belakang- seorang diri
 Isi-isi penting
A ) Bas berhenti rehat- makan digerai yang agak jauh- terlihat orang bermain bola sepak-
       tersedar terlalu lama menonton- pergi ketempat bas berhenti-bas sudah tiada-cemas
B ) Terfikir untuk menelefon datuk di kampung- menceritakan perkara yang berlaku –
      meminta datuk menunggu bas tersebut di perhentiannya
C)       Menahan sebuah teksi- sampai- terjumpa datuk- datuk berjaya mendapatkan semula beg- berasa lega
Penutup
Di rumah datuk- nasihat-jangan leka- berhati-hati – berjanji tidak akan cuai lagi.
19.  Kamu telah menyaksikan suatu kecelakaan jalan raya baru-baru ini. Gambarkan suasana di tempat kejadian itu.

Pendahuluan
-          Masa dan tempat kejadian – dalam perjalanan ke sekolah.

Isi-isi penting

-          Penunggang motosikal mencuba untuk memotong kenderaan lain – bertembung dengan kereta dari arah yang bertentangan.
-          Penunggang motosikal tercampak – cedera parah – pemandu kereta cedera ringan.
-          Orang ramai bertumpu di tempat kejadian – jalan raya sesak.
-          Ambulans lambat sampai – penunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian.

Penutup

-          terkejut – tidak jadi ke sekolah – balik ke rumah.

20.  Kamu dibawa ibu bapa kamu melancong ke sebuah pulau. Semasa menaiki feri ke pulau itu, ribut telah melanda dan perjalanan kamu telah terganggu. Ceritakan pengalaman kamu itu.

Pendahuluan
-          kamu dibawa melancong ke Pulau Tioman – menaiki feri yang agak canggih.
-          Semasa menaiki feri, langit cerah kerana di luar musim monsun.

Isi-isi penting

-          Di pertengahan perjalanan, tiba-tiba angin bertiup agak kencang – ombak bergulung-gulung.
-          Feria yang dinaiki terolang-aling tapi masih dapat bertahan.
-          Dalam feri sudah banyak penumpang yang mabuk dan muntah – ada yang pengsan;anak-anak kecil menangis.
-          Kami sekeluarga membaca ayat-ayat suci al-Quran.
-          Pemandu feri berusaha menuju ke pulau kecil untuk berlindung daripada ribut.
-          Bersyukur kerana pemandu berjaya membawa feri ke pulau kecil itu – ribut reda satu jam kemudian.

Penutup

-    pengalaman itu sukar dilupakan.

Soalan-soalan latihan UPSR
1.  Ceritakan pengalaman anda sesat di hutan.
2.  Ceritakan pengalaman anda sewaktu menyertai perarakan Hari Kebangsaan di tempat anda.
3.  Anda telah berjaya memenangi hadiah pertama dalam satu pertandingan mengarang. 
     Ceritakan perasaan anda ketika itu.
4.  Anda dan keluarga anda telah berpindah dari rumah setinggan ke rumah pangsa.  Ceritakan
     perasaan anda ketika itu.
5.  Anda telah mengunjungi satu pameran buku terbesar yang pernah di adakan di tempat anda.
     Ceritakan kunjungan anda ke sana.
6.  Dalam perjalanan pulang daripada mendaki gunung, anda telah terjatuh dan tercedera.  Rakan
     anda terpaksa meninggalkan anda untuk mendapatkan bantuan.  Ceritakan pengalaman anda  
     pada masa itu sehingga anda diselamatkan.
7.  Pada cuti penggal kedua yang lepas anda telah melawat sahabat pena anda yang tinggal di luar
     negeri.  Ceritakan mengenai lawatan tersebut.
8.  Ceritakan kehidupan seorang pengemis.
9.  Majlis hari lahir anda sepatutnya bermula pada jam 8.00 malam.  Ibu bapa anda telah keluar ke   
     bandar sejak petang tadi dan masih belum pulang lagi.  Anda berasa sangat
        cemas.  Ceritakan bagaimana kesudahannya.
10. Seorang sahabat anda akan meninggalkan anda kerana mengikut keluarganya berpindah ke
      tempat lain.  Ceritakan segala kenangan yang pernah anda lalui sepanjang persahabatan
      dengannya dahulu.
11. Suatu pengalainan yang amat menakutkan yang pernah saya alami.
12. Anda telah melawat sebuah perkampungan nelayan.Ceritakan keindahan pemandangan dan
      pengalaman anda semasa di sana.
13. Menghabiskan masa cuti sekolah bersama-sama nenek di kampung.
14. Hari Sabtu itu aku melawat Hani di Hospital.  Semasa aku tiba di bilik D3, Hani sedang tidur
      nyenyak setelah diberi makan pil tidur.  Ku renung wajah Hani perlahan-lahan lalu ... (
      Mulakan karangan anda dengan Ku renung wajah Hani perlahan-lahan lalu ...).
15. Dia berasa sebak dan terharu apabila melihat keadaan ibunya itu.  Dia cepat menyedari betapa
      kasihnya ibu kepadanya.  Walau bagaimanapun ... (Mulakan karangan anda dengan Walau
      bagaimanapun ...}.

No comments:

Post a Comment